Sunday, March 29, 2015

TRIP TO JAPAN - TOKYO - HIROSHIMA -KYOTO - OSAKA - TOKYO - FUJI - TOKYO - NIKKO - TOKYO part 4

Day 4 (19/10/2013) : Osaka
      Holla!! Welcome to Osaka. Cantik tak adik kat atas tu pakai kimono? Cantik kan..Time dekat Osaka kitorang beli Osaka Amazing Pass for 1 day = 2,300yen ~ rm70. Sangat berbaloi ok. Sume tempat yg kitorang pergi dekat Osaka ni pakai pass ni.Xyah bayar da. Just tunjuk kad ni je. Next time datang Jepun teringin rasa nak pakai Kimono. :D

     Tennoji Zoo
     Okay, this is our big mistake. Rasa rugi sangat2 pergi zoo ni. Sebab kat malaysia pun ada zoo juga. hahahaha... Rasa macam membazir masa je pergi sini. Lama jugala kitorang berkampung kat zoo ni. Haisshhhh!! Nasib dapat jumpa ngan Pingu ni. Kurang la sikit rasa menyesal. ahahaaa

     Osaka Castle
     Haiyarrkkk!! Alamak, adik. Takut kakaks. Hahahaaa, Terserempak ngan budak-busak sekolah tengah practice main Kendo. So, kitorang apa lagi, terus offer diri nak amik gambar sekali la. kuikiiiiiiiiiikuikuiiiii


     Tadaaaa!! Lawa tak Osaka Castle? Lawa sangat. Excited datang sini.  Boleh masuk tau dalam Osaka Castle ni. Ada banyak tingkat. Naik guna tangga. Each floor ada dia letak macam pameran dekat museum macam tu. Ala2 cite night at the museum tu. Agak cool la juga. Kena pergi sendiri tengok la baru tau. Kat atas sekali dia letak teropong. Leh tengok bandar Osaka pakai teropong tu. Tak pakai teropong pun nampak juga. Eh ye ke? Hiksss... Budak tiga orang ni beli poskad kat sana.Aku tak beli sebab x berapa gemar ngan poskad.
 
      Xyah beli poskad lah. Buat poskad sendiri la pakai gambar ni. Hahahaha.. Budget sangat.. Ni Gingko Tree depan Osaka Castle. Kalau korang pergi Osaka Castle mesti nampak pokok ni. 

     Osaka Santa Maria Cruise
 
      Aiyaiyaii Captain!! Time kat Malaysia, puas google mana la tempat yang ada Going Merry Ship. Kapal yg dalam komik One Piece tu. Boleh la posing ala2 Luffy kan. Hiksss... Tapi tak jumpe lak.. Tapi oklah, ada juga ala2 kapal lanun ni. Kitorang naik kapal ni lebih kurang 45 minit. Lama ok 45 minit tu. Dia bawak pusing kat area pelabuhan tu. Lalu bawah Minato-ohashi Bridge yg kaler merah belakang kitorang tu. Pastu siap nampak Universal Studio Japan lagi dari kapal ni. Tak dapat masuk USJ, dapat tengok dari jauh pun jadi la.. Ok janji ngan diri sendiri, next time pergi Osaka mesti kena masuk USJ pulak. 

     Tempozan Giant Ferris Wheel

      Lepas kitorang naik Santa Maria Cruise Ship, kitorang gi naikTempozan Giant Ferris Wheel ni pulak. Dua tempat ni dekat sangat2 je. Jarak lebih kurang 3 minit je kalau jalan kaki. Time naik cruise, boleh nampak ferris wheel ni, time naik ferris wheel ni boleh nampak cruise pulak. hahahah... Gayat gilos naik mende ni. Korang kena masuk mall dulu untuk sampai kat entry untuk naik ferris wheel ni tau. Woww!! I'm impressed with myself. Igt lagi kejadian lebih setahun yg lepas. kikikiii.. On da way ke ferris wheel, dalam mall, nampak pulak akak ninja ni luar kedai jual alat2 ninja. 'Eh, berenti kejap la nak amik gambar dengan akak ninja ni' detik hati kecil ku.. hahahaaaa. Hati kecil la sangat. 

p/s: Korang perasan tak aku da tak pakai wedges dah? oh hohhh, I can't tolerate anymore the 'melecet'ness of my kaki and the 'sakit'ness of my betis usung wedges tu ke hulu ke hilir. So, after pergi Osaka Castle, terpaksa la masuk mall cari kasut yg proper sikit. Habis melayang duit yen I. SObssss...

     Floating Garden Observatory
     Last destination kitorang kat Osaka. Ya Allah, susah gila nak cari mende ni. Pastu jauh pulak nak jalan gi tempat ni. Tapi wajib lapergi tempat ni. Macam x lengkap pulak trip ke Osaka kalau x pergi tempat ni. Sampai dah gelap. Best tengok Osaka penuh ngan lampu. Tapi tangkap gambar tak berapa nak best. Padahal da pakai camera samsung galaxy S4 da time tu. Kira yg paling canggih la time tu. HoihOiii...           
     Kalau naik ferris wheel da rasa gayat, naik menda alah ni lagi la gayaaaatttttttttttttttt... Tinggi skyscrapers ni 173m korang. Kat bawah bangunan pun da sejuk, kat atas lagii la sejuk mengigil-gigil... 

 Nampak tak kete kecik2 kat bawah tu?


      Turun escalator pun nak amik gambo. kikikiiiii

     Ok, habis da kisah kat OSAKA.. byee

..................................to be continued.







Thursday, March 26, 2015

TRIP TO JAPAN - KYOTO part 3

Day 3 (18/10/2013) : Kyoto
     It's a brand new day. Brand new day la sangat. Kuikuikuiiii... Hari ni nak gi jalan2 kat Kyoto pulak. Kalau suka traditional wajib la pergi Kyoto ni. Ada banyak temple n tempat-tempat lawa.

     Fushimi Inari Shrine 
 Destinasi pertama kitorang kat Kyoto. Free je nak masuk sini. Kita memang wajib pergi tempat-tempat free n cantik kat sana. Almaklumlah, sume benda pun mahal. So, kita memanglah kena menghargai benda2 yang free ni. ahaksss..

Okay, first thing first! jom basuh tangan dulu untuk menghilangkan kotoran2 degil kat tapak tangan ni haa. Air bukit ni so memang lah sejuk. Nampak tak aku just basuh ujung2 jari je tu. Amik syarat je sebab nak amik gambar ngan mende alah ni.

Jom buat tarian ala-ala kuda kepang jom. E.ah.e.ahhhh... hiksss.. So, ingat tak semalam kita dah pergi tengok Torii Gate yang besar gila kat Hiroshima? Hari ni kita pergi tengok Torii Gates yang banyak gila pulak kat sini. Yang warna oren kat belakang banyak2 tu gabungan dari torii gates yg beribu2 la tu. Rasa macam naktangkap gambar sambil peluk tiang je tapi aku ni x cukup kurus nak menyelit celah2 antara tori gate tu. mihihiiiii...

Ok, da penat berjalan dekat2 dalam torii gate yg beribu tu, kito stop beli n makan takoyaki dulu. Weyh, takoyaki yang pok cik ni buat memang terbaik la. 'jjang' bak kata orang Korea. Dia punya takoyaki besaq2. Dia punya octopus kat tengah2 pun besaq. Kenyang jap kitorang. :D

           Arashiyama
Abang beca.. Abang beca di tengah jalan... hahahaa.. Memang pelancong sangat. Dengan abang beca pun nak tangkap gambar. Tangkap gambar je mampu. Nak naik beca tak berapa nak mampu. 


Ni kat Tenryuji-zen Temple. On da way nak cari Bamboo Grove terjumpa pokok daun warna-warni. Terpaksa la stop amik gambar. Tu la, datang awal sangat. Daun2 tak tukar warna lagi. Jumpa daun warna warni secoet tu pun da happy.

Yeay, jumpa da bamboo Grove ni. Tantik tak??? hahahaaaa.. Rasa macam tengah shooting cite 'crouching tiger, hidden dragon' je. Hahahahaaa...

Lapar panjat bukit bamboo grove. Makan eskrem je la. Susah nakcari makanan halal. Sobsss.. Sorry pakcik, saya memang macam ni. Dengan eskrem pun nak amik gambar.

     Kiyomizudera Temple
Nak pergi temple ni sangat la menguji ketabahan kaki yang tengah pakai wedges ni sebab nun kat atas bukit. Aigooo!
 Jumpa kanak-kanak ribena tengah buat lawatan sambil belajar kat temple ni. Aim nak amik gambar ngan kanak-kanak ribena lelaki tapi tak kesampaian. hahahaa

 Uishhh, capek pisan sampai terduduk kat atas anak tangga.

 Dengan ecah.


ok, bye kyoto!! Till we meet again next time. Kyoto tower ni siapa2 yg datang Kyoto sure akan nampak dia sebab dia betul2 ada kat luar Station Ketapi Kyoto

.............................to be continued


Wednesday, March 25, 2015

TRIP TO JAPAN - HIROSHIMA part 2

Day 2 (17/10/2013) : Hiroshima
     Semalam before tido dah pasang cita-cita nak bangun tido awal sebab hari ni nak gerak pergi osaka. Tapi pagi tu masing-masing liat nak bangun pagi sebab sejuk gila cuaca korang. Padahal baru bulan 10, autumn pun segan2 lagi nak tunjukkan diri. Sejukkk sangat!! Nasib baik tergerak hati nk curi baju sejuk kaler oren mida. hampir setiap hari kat Jepun ni aku pakai baju oren tu.
     Tapi kitorang bangun awal la juga sebab nak cari station Inage lagi kat Chiba ni. Keluar je dari rumah nak jalan pergi station tu kalau boleh sume pakcik n makcik or budak2 jepun yang kitorang jumpa mesti nak tegur. OHAIYOU GOZAIMASU PAKCIK AND MAKCIK. Mihihhiiiii.. Kitorang plan nak check in dekat osaka dulu then baru start jalan2. So, kaki jom start melangkah.

 
Muka masing-masing excited sangat. Senyum sampai ke telinga. Ye la selama ni asyik tengok dalam tv ngan dalam magazine je shinkansen. Sekarang ada kat depan mata siap. Kitorang naik mende alah ni la nak pergi Osaka. Sepantas kilat je sampai osaka. Eceyhhh..

 First tiket ketapi kitorang kat Jepun. Tiket nak pergi tokyo. 620yen ~ RM19. OMG, baru perasan mahal. hahahaaa... Dulu time kat jepun, 1000 yen tu rasa macam ok je. hahaha...

 Wahhh, kagum sangat tengok disiplin orang Jepun. Nak naik escalator pun baik je beratur. Oh, kat Jepun kita kena beratur naik escalator kat belah kiri ye kalau x rushing. Kalau nak cepat kena naik belah kanan. Korang jangan pulak naik escalator sambil berpegangan tangan kiri kanan pulak ye. Japgi dengar orang cakap 'sumimasen~' dari belakang pulak. kekekeke

 Haaa, nampak tak sayup-sayup dari kejauhan. Tu la destinasi pelancongan pertama kitorang kat Jepun. Besar gila Torii Gate dia. Ni dekat Miyajima, Hiroshima. Itinerary kat Hiroshima ni fana yang buat. Dia la yang beriya2 ajak kitorang pergi Hiroshima sebab nak pergi tgk torii gate yg besar ni. Pengaruh 'manga' kuat ni budak ni. Hihihiii.. Nak pergi sana kena naik feri. Ni tgh dalam feri la ni.

 Welcome to Miyajima! Encik rusa sombong taknak pandang camera. Ok, fine! Jom amik gambar mende lain pulak yang nak tgk camera. hahaha

 Ambooiiii, gigih sangat pakai wedges pergi Jepun ala2 bacpackers. Dah la x bawak spare sport shoes. Haruuu!! Pastu kaki melecet terpaksa beli sport shoe 1 kat jepun. Melayang duit Yen aku.
Besar tak Torii Gate kat belakang kitorang?

 Tourist sangat jalan-jalan tengok barang kat kedai. 

 Pokcik, Oyster Bakar pokcik sedap sangatttt!! Nanti kalau I pergi lagi sana I confirm cari pokcik lagi nak beli Oyster yg pokcik bakar tu.

 OISHIIIIIIIIIIIIIII!!!

EH, EH!! Ada orang kawin la kat sana.. Rasa macam nak kawin kat sana pula. Hihihiiiii..

     Habis kisah kat hiroshima. Sikit je tempat pergi sebab masa byk abis kat atas shinkansen dari tokyo nak ke osaka then ke hiroshima. Actually nak pergi kat Peace Park, Hiroshima tempat kena BOM tu. Tapi sampai sana penat cari tak jumpa. Sampai sana da malam, dengan cuaca sejuk yg mencucuk lagi. Penat bermesra ngan orang yang kerja kat ada satu kedai apa ntah kat hiroshima tu tanya macam nak pergi Peace Park, tapi still x jumpa juga. So, decide nak balik je la. Esok nak jalan2 kat kyoto pulak. MIhihiiii

...........................................to be continued


TRIP TO JAPAN - TOKYO part 1

     OEMGEE!1 OEMGEE!! Excited gila weyh time dah beli tiket nak gi Jepun ni. Kalau tak caya pergi tanya aisyah, fana & ecah. Actually aku and aisyah dah beli tiket dari feb 2013 lagi untuk trip ke Jepun ni (16-14 Oct 2013). Time beli tiket ni kitorang kat Bandung lagi. Semangat pergi Eykman depan RSHS sebab nak curi wifi dia nak buka website Airasia. Macih Airasia, sebabkan korang la kitorang boleh fly gi Jepun. dapat tiket murah. Around RM800. Mula2 tu cadang nak beli tiket pergi Korea sbb ada offer time tu. Tapi, Airasia, korang faham2 je la kan. Lambat sikit terus harga naik melambung2. SObbs..sobss..sobs... so, kitorang dengan hati yg agak berat, terpaksa la klik jepun. hahaha.. takde la berat hati sangat pun sebab kitorang memang bercita2 nak gi Jepun juga sebab kitorang ni boleh la sikit2 cakap bahasa jepun n baca tulisan hiragana n katakana. hikksss...Tapi tak rasa rugi langsung!!! best gila jepun korang.. Betul la kata sorang kawan aku, Jepun lagi best dari Korea. Well, x boleh sokong 100% lagi la sebab belum sampai korea lagi.
     Tapi kan, lepas kitorang da selamat beli tiket keJepun tu, kitorang ada la dapat tahu satu benda yg merungsingkan... Time dah beli tiket baru tau kalau nak ke Jepun kena buat VISA!! Risau gila... ye la, mana tak risau, kena ada saving puluh2 ribu dalam akaun kalau nak apply visa ke Jepun. Kitorang da plan da nak pinjam duit parents dulu nak masukkan dalam akaun nk tipu kedutaan Jepun kat Malaysia time nak apply Visa tu nanti. Syukur ALHAMDULILLAH, 2-3-4 bulan before nak pergi tu kitorang dapat tau yg kerajaan jepun dah kata tak perl pakai visa kalau nak ke Jepun as long as ada passport baru yg ada cip. Kitorang sume ounya Passport ada cip, so YEAYYY!!! Let's fly to Japan.. 
     Before kitorang pergi Jepun, kitorang da bagi2 tugas untuk buat itinerary selama kat JEPUN. Almaklumlah, duit tak berapa nak masyuk, kena buat ala2 backpackers trip. Kitorang beli siap2 JR pass untuk 7 hari selama kat sana. boleh pakai JR pass untuk naik Shinkansen n setengah train under JR company. Kan ke nak travel jauh2, so wajib la beli JR pass walaupun mahal. Kalau beli tiket shinkansen asing2 lagi la mahal.
Rupa bentuk JR pass. Courtesy dari mr google. Yang aku punya taruk mana ntah dah hilang. Jaga elok2 menda ni. Hilang nangis. Aku hampir2 ingat mende ni hilang time kat Osaka haritu. Rupa2nya tertinggal kat hotel. Nak pengsan rasa. Harga dia untuk 7 hari untuk seorang around 29,110yen ~ RM888. Mende ni kena beli siap2 kat Malaysia before sampai Jepun. Nanti da sampai Jepun kena tukar. Aku beli mende ni kat Penang. Aisyah, Ecah n Fana beli kat KL.

Day 1 (16/10/2013)
     Kitorang sampai Haneda Airport malam. Tapi memandangkan aku stay kat rumah junior kawan aku, Amin, so Amin ni sudi la nak jemput kitorang dari airport ke rumah dia. Amin, Alhamdulillah. 
 ha kau!! Jakun tak. Gambar butang2 kat toilet pun nak amik. Jakun jap masuk toilet nak buang air kecil nampak banyak butang2. Nasib ada gambar kat butang2 tu. Kalau tak confirm air memancut2 kemana-mana

Aisyah posing kat sebelah rumah Amin kat Chiba. 


 
Ni la encik Amin yg baik hati terima kitorang kat rumah dia and baik hati juga amik kitorang kat airport. Gambar curi kat FB dia. haha..

     Sampai je rumah Amin, Kitorang sume terus boom tido sebab esok nak kena bangun awal nak pergi Osaka. Mihihiii.. Byeee.. 

...................................................to be continued 

Monday, March 23, 2015

FAMILY TRIP TO BALI - DAY 3

      Hari last kat Bali adalah hari untuk tengok-tengok scenery sambil tangkap gambar sambil SHOPPING!! Sebenarnya kalau nak kata shopping sangat tu xde lah sangat sebab poket x berapa nak masyuk. Kenapa tak masyuk? Sebab I kan baru je graduate. mana ada duit maa.. belum kerja. Dah la time tu tengah saving nak pergi satu lagi trip kat jepun. For 8 days. Menggila jap. X sedar diri belum ada duit tapi ada hati nak gi holiday tempat jauh2. hikhikkk. Ok, back to my Bali trip which is fully sponsored by my sister, Mida.
     Hari ni kena gerak cepat2. Nanti malam da nak gerak gi airport da. Da nak terbang balik Malaysia.

TANAH LOT

 
 CAAAKKK!! Welcome to Tanah Lot, Bali. Sape yang tengok cerita 'Projek Memikat Suami' yang Emma Maembong berlakon tumesti familiar dengan tempat ni kan.. Cantik sangat.. Walaupun panas liklik, I tetap sanggup berdiri kat sana lama-lama sebab nak amik gambar.
Gigih sangat. Baju pun baju I love Bali. X sempat nak basuh lagi baru beli semalam, terus pakai. hihiii

 Cantik tak??? Kitorang sangat lucky sebab time sampai tu air tak berapa nak pasang lagi. So, still sempat la nak cross air nak pergi kuil depan tu. Actually, kitorang tak tau pun itu adalah kuil. Ingat nak naik anak-anak tangga tu pergi kat tempat atas lagi batu tu sebab view kalau amik gambar dari atas tu macam lagi cantik je.. Tapi tak boleh. Guess why. Sebab kalau nak naik/masuk kuil tu kena minum holy water diorang dulu.. Alamak, tak boleh la camtu. So, kitorang amik gambar kat bawah je la. Time nak cross balik air da PASANG!! Adoi, deras pulak air dia. Nasib baik kitorang tak dihanyut air. Sobsss..

 Marsya tak takut ombak. Kalau besar sikit ni maunya dia pergi ke tengah lagi. Hiksss

 The one and only anak lelaki dalam Keluarga Wan Seman. Ditatang bagai minyak yang penuh ni.. :D

 Thank you KAKAK!! bila nak belanja pergi Krabi pulak?

 Cakk lagi

 Jom geletek ketiak dia Marsya. 

 Mida je la yang boleh enjoy shopping sebab dia ada banyak duit. Mihihiii. 

Poksu merenung masa depan.
 Marissa sampai terlelap auntie 2 orang tu main rambut dia. 

 Nomei-nomei tak anak sedara I? Macam auntie dia tak? hahahaa.. Tak2. Sedar diri. Diorang lagi comel.

Ok, BYE!! Till we meet again Bali. 








 
BOO!! TADAAA!!! Rugi la kalau pergi Bali tapi tak usha mat-mat Saleh kan. hahahaahaa...