Saturday, August 8, 2015

The Magnificent Hutan Mossy, Gunung Brinchang, Cameron Highlands

Assalamualaikum semua.. Tak jawab dosa...

HI UOOLLLLLSSSS.
Untuk mengisi hari Sabtu yang lapang dan terluang semalam, aku pergi jungle trekking kat Mossy Forest kat puncak Gunung Brinchang. Kat puncak okay!! Jangan main-main. Hahaha. Cakap macam pergi jungle trekking dari Tanah Rata je. Padahal kitorang naik kereta pergi sana. Semalam around pukul satu-2ptg macam tu kitorang memulakan our journey to Mossy Forest. Fuhhhhh, such a heavy traffic going up there. Biasalah, Cameron ni mana pernah tak banyak kereta time weekend and public holiday ni. 
     Mesti korang cakap, padan muka kat aku kan. Siapa suruh bangung lambat, kan dah gerak lewat dari rumah. Helloooooo, excuse me! Aku bangun awal ok. Tapi aku kena tunggu orang arab yang sewa holiday apartment aku kat Tanah Rata tu check out dulu. Dia check out pun dah pukul 11:30. So, after diorang check out je, aku terus bergegas gi apartment nk cuci-cuci dulu before next customer nak check in pulak pukul 2 petang. Clear now? hihiiii
     Ok, enough with the promotion. Now back to our Hutan Mossy thingy. Ok, after dah ready, bergerak lah kitorang ke Gunung Mossy menaiki si Kia Cerah Merah. Ya Allah, sepanjang melalui jalan sempit tu, berdoa panjang aku time berselisih ngan kereta. Jalan sempit nau and berliku-liku pula tuh. 

I came.
I saw
I captured!!

Okay, lets the pictures speak on behalf of me.. 

 
See. Akak tak tipu okay. Ramai gila orang. Ohoooooo. Plus jalan sempit. Hahahaa

Welcome to Mossy Forest yang sangat lawa. Ada orang kata kecantikan dia ala-ala dalam cite Lord of The Ring tang dia punya pokok yang berlumut tu. Tapi tak tau la. Aku tak pernah tengok citer tu. Tapi memang serious cantik la tempat ni. Boleh amik gambar wedding kat sini. Recommended!! Hahaha

 Selamat untuk pendaki kecil juga sebab dia punya track bagus. Terjaga. InsyaAllah selamat. 
Tengok, budak kecik pun happy and pandai appreciate kecantikan alam ciptaan Allah.

Wefiee sikitt. Walaupun hujan semalam, kitorang tetap meneruskan perjalanan. :D

 Oppsss, terpandang dahan ni teringat pula kat Maya Karin dalam Pontianak Harum Sundal Malam bertenggek atas dahan. So, aku pun terus beranikan diri panjat pokok tu. Please, siapa-siapa yang ada darah gemuruh jangan tiru aksi ni ye. Hihiii

 Let me feel the breath.. 
::such a breathtaking view::

 George..george..george of the jungle..

My nephews yang sudi melayan kerenah auntie dia yang suka bergambar ni. Sampai nk masuk ke celah-celah ladang teh.

 Perak di tangan kanan. Pahang di tangan kiri. I'm in a dilemma! I want both!! hahaha
 Subhanallah. Rasa macam nak golek-golek je kat ladang teh ni macam dalam cerita hindustan.

Kudos to both of us. The photographer of the day. Hahaha..

Jemput lah datang ke Cameron Highlands nanti. 
Jangan lupa pergi Gunung Mossy.
Last but not least, stay la kat holiday apartment kitorang. 
Hihiiii


10 comments:

  1. wkomsalam...jawab salam dulu kang dosa hihih

    ReplyDelete
  2. terima kasih singgah di blog sis JM..ini kunjungan balas ye

    ReplyDelete
  3. Ohh..Nadia stay di Cameron..pastu ada buat sewa aparment..mcm menarik je...terus nk tanya..berapa harga 1 mlm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah. Weekday RM300/night. Weekend RM350/night. Public holiday RM400/night. Hihii. Variety kan.

      Delete
  4. dah 2 kali ke cameron tp belum sempat terjah gunung mossy ni...ramai yg dh pergi cakap cantik..nampak nya perlu bermlm baru best...okey..nk survey apartment ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang serious cantik. Dia tak penat sangat sebab dia punya track jalan tu bagus. Tambah2 view yg lawa pula tu. Hihi

      Delete
  5. wah bestnye ada holiday apartment kat cameron highland tuu., wak penah skali jungle treking smpi puncak gunung irai je., hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gunung irai pun cantik kan. Saya tak larat nak jalan jauh. So, terus naik pakai kereta ke hutan mossy tu

      Delete
  6. Teringin nak ke Mossy Forest nie sebab tgk ramai ke sana. Should make a way there one day too!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dulu tak teringin sbb tak suka sgt physical activity mendaki ni. Tapi bila tengok gambar xde lah mendaki sgt. N track dia lawa so terus naik. Hihiii

      Delete