Thursday, August 6, 2015

Open House Raya Daerah Camerons Highlands

Raya kan sebulan. Selamat hari raya uoll.
Aku baru balik dari open house raya ni. Actually boleh kata open house ke sebab bukan buat kat rumah pun. Buat kat parking lot. So, kita kena panggil open parking lot la ek? Haha, wateva.
Disebabkan dah tau harini akan ada open house, so pagi tadi kitorang brekfes ngan kuih muih je. Kena pastikan perut kosong. Barulah boleh isi perut banyak-banyak time open house nanti. Mihihiii.
Open house start pukul 12, tapi pergi lambat sebab hujan turun dengan lebatnya tengah hari tadi. So, aku assume kalau pergi time tu pun booth mesti tak buka lagi sebab hujan kan. Tapiiiii, harapanku musnah seperti kapal titanic yang musnah melanggar iceberg. Sobsss.. Menurut informer aku, dah ramai dah orang yang menerjah open house tu.

     So, tanpa berlengah lagi, aku pun bergegas la juga ke sana untuk menerjah open house tu. Nasib hujan dah renyai-renyai dah masa tu. Sampai-sampai kat situ, Masyaallah, ramainya manusia kat situ dari pelbagai kaum dan peringkat umur. Dari orang Melayu, Cina, India, orang asli, Jepun, Omputih... Oppsss, tak dilupakan orang Bangladesh juga. Nononoooo, saya tak racist ye. Semua pun ada. Almaklumlah, tempat tumpuan pelancong. Nasib tak buat time weekend, kalau tak lagi ramai yang join.

lets start our food hunting!!

 
Dengan orang kuat Majlis Daerah Cameron Highlands. Tak sempat nak makan rojak buah dia. Ingat kan boleh la reserve dulu pergi jalan-jalan cari makan kat booth lain dulu. Balik-balik dah abis.. Cepat sangat habisnya. Sobsss

 
Tapi walaupun tak sempat amik rojak buah, tapi sempat amik laksa dia. Yumyummyummm. Siap minta tambah kuah lagi. Tu yang sampai ternganga mulut tu. Nasib booth kroni so boleh la minta tambah tanpa segan silu.

Ha kau!! Only in Cameron Highlands kot diorang jamu Strawberry celup coklat time open house raya. haha.. Jom lah kita makan strawberry banyak-banyak supaya kulit jadi putih gebu mulus... Hohohoo

 Konon-konon pergi open house raya ni sebab nak rasa durian king dia. tapi tak sempat. Tak sampai sejam licin. Padahal beli durian sampai habis 1k kalau ikut informer aku. Mana pergi semua duriannn??? Oh, mungkin dah masuk dalam perut semua orang. kata open house raya. Obviously la akan ada ramai orang yang datang. Padan muka diri sendiri tak sempat makan.
 Dah tinggal rangka je kambing ni. Ramainya la hamba Allah yang beratur kat sini nak makan kambing golek ni. Kalau tau awal-awal ada booth ni, confirm akan terus je menuju ke booth ni sampai-sampai je kat situ tadi. Tapi oklah, dapat juga rasa kambing golek dia. Amik sikit je. Bagi chance kat orang lain juga rasa.

Sateeee!! Makan dua cucuk je. Lembut je sate dia. Rasa nak lagi.

Open house dah abis, tapi perut lapar lagiii.... Please la buat open open house lagi. :>

No comments:

Post a Comment