Thursday, March 26, 2015

TRIP TO JAPAN - KYOTO part 3

Day 3 (18/10/2013) : Kyoto
     It's a brand new day. Brand new day la sangat. Kuikuikuiiii... Hari ni nak gi jalan2 kat Kyoto pulak. Kalau suka traditional wajib la pergi Kyoto ni. Ada banyak temple n tempat-tempat lawa.

     Fushimi Inari Shrine 
 Destinasi pertama kitorang kat Kyoto. Free je nak masuk sini. Kita memang wajib pergi tempat-tempat free n cantik kat sana. Almaklumlah, sume benda pun mahal. So, kita memanglah kena menghargai benda2 yang free ni. ahaksss..

Okay, first thing first! jom basuh tangan dulu untuk menghilangkan kotoran2 degil kat tapak tangan ni haa. Air bukit ni so memang lah sejuk. Nampak tak aku just basuh ujung2 jari je tu. Amik syarat je sebab nak amik gambar ngan mende alah ni.

Jom buat tarian ala-ala kuda kepang jom. E.ah.e.ahhhh... hiksss.. So, ingat tak semalam kita dah pergi tengok Torii Gate yang besar gila kat Hiroshima? Hari ni kita pergi tengok Torii Gates yang banyak gila pulak kat sini. Yang warna oren kat belakang banyak2 tu gabungan dari torii gates yg beribu2 la tu. Rasa macam naktangkap gambar sambil peluk tiang je tapi aku ni x cukup kurus nak menyelit celah2 antara tori gate tu. mihihiiiii...

Ok, da penat berjalan dekat2 dalam torii gate yg beribu tu, kito stop beli n makan takoyaki dulu. Weyh, takoyaki yang pok cik ni buat memang terbaik la. 'jjang' bak kata orang Korea. Dia punya takoyaki besaq2. Dia punya octopus kat tengah2 pun besaq. Kenyang jap kitorang. :D

           Arashiyama
Abang beca.. Abang beca di tengah jalan... hahahaa.. Memang pelancong sangat. Dengan abang beca pun nak tangkap gambar. Tangkap gambar je mampu. Nak naik beca tak berapa nak mampu. 


Ni kat Tenryuji-zen Temple. On da way nak cari Bamboo Grove terjumpa pokok daun warna-warni. Terpaksa la stop amik gambar. Tu la, datang awal sangat. Daun2 tak tukar warna lagi. Jumpa daun warna warni secoet tu pun da happy.

Yeay, jumpa da bamboo Grove ni. Tantik tak??? hahahaaaa.. Rasa macam tengah shooting cite 'crouching tiger, hidden dragon' je. Hahahahaaa...

Lapar panjat bukit bamboo grove. Makan eskrem je la. Susah nakcari makanan halal. Sobsss.. Sorry pakcik, saya memang macam ni. Dengan eskrem pun nak amik gambar.

     Kiyomizudera Temple
Nak pergi temple ni sangat la menguji ketabahan kaki yang tengah pakai wedges ni sebab nun kat atas bukit. Aigooo!
 Jumpa kanak-kanak ribena tengah buat lawatan sambil belajar kat temple ni. Aim nak amik gambar ngan kanak-kanak ribena lelaki tapi tak kesampaian. hahahaa

 Uishhh, capek pisan sampai terduduk kat atas anak tangga.

 Dengan ecah.


ok, bye kyoto!! Till we meet again next time. Kyoto tower ni siapa2 yg datang Kyoto sure akan nampak dia sebab dia betul2 ada kat luar Station Ketapi Kyoto

.............................to be continued


1 comment: